29 januari 2012...tarik yang akan menjadi kenangan yang terindah buka saja pada diri ini tetapi seluruh rakan sekelas mandrin KBM 112 4C/4D..
Semalam adalah malam pertandingan nyanyian dan lakonan anjuran kelab mandrin UiTM Kedah.....
Tema yang kami lakonkan dan nyanyikan adalah tema 'cinta' sepasang kekasih yang cintanya ditentang oleh keluarga lelaki tersebut kerana darjat berbeza...
Namun kekuatan cinta diantara mereka menyatukan mereka jua akhirnya...kalau sapa2 sempat tengok..pasti dapat feel....apa lagi bila Liesa nangis2..pehhh...sangat romantik...
Lakonan Liesa dan Syahir sangat menjadi walaupun berlaku beberapa kesilapan...
tapi adatlah bertanding..apa lagi bila jadi group yang first...lagilah gugup..
Aku memegang watak sebagai pembuli...yang suka membuli Liesa bersama-sama dengan aku ialah Kak Maton dan Wanie...malu tersangatlah malu sebab first time berlakon depan orang secara live...selalunya rakaman ja..then tunjuk kat kelas..
Tapi semuanya dah tertulis..biar apa pon yang terjadi..kami tetap berbangga sebab mendapat tempat ketiga..
Alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada peningkatan dari yang sebelum2 ni..
nak tunjuk gambar pon xda...xsempat tangkap..tapi sangat enjoy dengan semua kawan2..