setahun sudah berlalu..
tetapi kau masih diingatanku..
kenapa begitu sukar untuk melupai mu..
kini kau sudah bahagia dengan si dia
tidak lama lagi bakal melangsungkan perkahwinan dengannya..
setiap kali aku pulang kesana
secara tiba-tiba kau pasti munculkan diri di depanku dengan si dia
sakit hatiku hanya tuhan yang tahu...
walaupun aku tidak pernah meratapi pemergianmu bersamanya
namun luka di hati ku masih berdarah
6 bulan kita bercouple tetapi 2 kali kau melukai ku
entah mengapa begitu senang kau ku maafkan
mungkinkh kerana kau couple pertamaku...
pertama kali kau sakitiku
kau tinggalkan ku lalu bercouple dengan kakak angkatku
kali kedua pulang saja aku beraya di sana aku digemparkan dengan majlis pertunangan kau
sekali lagi kau pergi dan kini menjadi milik orang lain...
kau pergi tanpa sebarang kata2 akhir
mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..
apa yang sudah terjadi aku jadikan sebagai pengalaman dalam hidupku
doaku agar kau bahagia bersama dengannya...
jika ada masa nanti InsyaAllah aku akan bertandang ke majlis perkahwinanmu
itu pun jika kau menjemputku
semoga kau di kurniakan ramai anak dan berbahagia sehingga ke akhir hayarmu..
ingatanku kepadamu masih kuat
setiap kenangan kita bersammasih ku ingati..
walaupun setahun berlalu tetapi
aku masih sendiri..
tidak terlintas di fikiranku untuk mencari gantimu...
kerana aku ke sini untuk mengejar cita-citaku
bukannya untuk mencari lelaki
yang belum tentu itu jodohku...
buat penat jer nanti bercouple bagai nak rak...
cintaku kini hanya kepada Allah,Rasulku,ibu bapaku
,saudara maraku,pelajaranku dan kawa-kawaku..
cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki...tiada tolok bandingnya..
biarlah jodohku yang datang kepadaku...
aku tidak mahu mencari atau mengejar sesuatu yang tidak pasti...
berkasih kepada yang belum tentu mengasihi..
siapa pun yang tertulis untuk ku aku terima seadanya..
namun aku brharap agar dia adalah lelaki yang soleh
yang mampu memimpinku,menerimaku seadanya
kerana aku bukan lah manusia yang sempurna
ku harap kau yang akan dapat menyempurnakan diriku sebagai insan...
menjadi suami yang penyayang,bapa yang baik
dan hamba Allah yang taat...
aku tidak mencari jutawan,tidak mencari yang hemsem2 saja
tiada guna semua itu kerana semuanya akan hilang jua nanti...
yang penting nanti restu ibu bapa kita...
setahun yang berlalu banyak mengajar aku erti hidup
selepas berpisah denganmu
aku menjadi semakin dewasa...
walaupun kau tiada tetapi aku tidak rugi apa-apa...
kerana aku tetap aku...
aku percaya..
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
dan itulah jodoh kau yang tertulis untuk kau...
selamat berbahagia...