Menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman.Peperiksaan akhir hanya tinggal satu subjek sahaja gi dan selepas itu ....bebaslah untuk semester ini.Cuti selama hampir dua bulan entah apa nak dibuat dirumah macam tak ada aktiviti yang menarik saja untuk dilakukan.
Sekmakin hari umur seperti semakin bertambah,rasa macam tak percaya sahaja kini usiaku hampir mencecah 20 tahun.Semakin hari semakin banyak cabaran yang menimpa diri ini,bila memikirkan apa yang bakal ku lalui pada masa hadapan,cabaran hidup yang semakin berat amat menakutkan.Entah dimana ku akan bekerja,entah siapa pula jodoh ku, macam-macam bermain di fikiran ku kini...
Kadang-kadang nak ja pulang ke zaman sekolah rendah mahupun sekolah menengah...masa itu semua dibawh tnaggungan ibu bapa,kita cuma ke sekolah dan belajar...apalagi zaman kanak-kanak dulu hanya tahu makan dan bermain sahaja...tiada apa yang perlu difikirkan...Alangkah indahnya jika umur ini tidak berganjak ,tetap 6 tahun jugak..tapi itu semua hanya angan-angan sahaja.
Setiap manusia akan dewasa dan menghadapi alam pekerjaan ,alam rumah tangga dan kehidupan yang berliku-liku.Asam garam kehidupan kita adalah masalah yang menimpa kita semua.So, kita kenalah terima semua yang terjadi dengan hati yang terbuka dan sentiasa merubah diri kita menjadi yang lebih baik setiap hari..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan