SHAHIDAH SHUKRI

SHAHIDAH SHUKRI

19 Disember 2012

LALALALALALALA...

Asalamualaikum semua..
sekarang sudah masuk 19 hari kau kembali ke uitm..
kembali sebagai pelajar semester akhir..
pelbagai perasaan menjengah sebenarnya..
ada rasa bangga, rasa gembira dan sedih..

bangga sebab tak lama lagi
kami semua akan tamatkan pengajian diploma..
sekian lama di sini hampir 3 tahun ..
akhirnya bumi merbok ini bakal ditinggalkan..
gembira bercampur sedih sebenarnya...
sekian lama bersama-sama dengan kawan2..
belajar bersama-sama..
outing bersama-sama..
dan tak lama lagi..
 akan membawa haluan masing2..

apabila difikirkan sejenak..
pelbagai pengalaman telah kami lalui..
ada suka dan duka..
segalanya ditempuhi bersama...
di sinilah kami belajar mengenali 
erti persahabatan..erti perhubungan..
nilai seorang kawan..indahnya berpesatuan..
letihnya bekerja..
mengantuknya apabila berjaga malam..

semua telah dilalui bersama-sama..
sedar tak sedar..
kami sebenarnya menyayangi 
setiap daripada kami..
cuma ada tingkah yang kurang senang..
ada kata yang menikam..
adatlah manusia..
bukan semuanya sempurna..
namun bersatu sebagai sebuah ikatan..

buanglah rasa marah, dengki dan dendam..
bersahabatlah sementara masih di sini..
mungkin ada yang tidak akan bertemu lagi..
sementara punya waktu..
apa salahnya lupakan sengketa..
berkawan ramai tak salah kan?

jari ku susun..
memohon ampun dan maaf..
dari hujung rambut ke hujung kaki,,
dari dunia hingga ke akhirat..
salam sejahtera semua..

aku sayang semua..
love you so much...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan