SHAHIDAH SHUKRI

SHAHIDAH SHUKRI

22 Mac 2013

21/3/13

Alhamdulillah...
syukur sangat VIVA dah pon selesai...
VIVA adalah hari dimana semua pelajar..
yang ambil subject entrepreneurship akan present..
semua hasil yang telah mereka buat selama ni..
group aku namanya Westlays Food Ent.
kami buat frozen food iaitu macaroni bunjut..
takut juga xmenjadi product kami..
but thank to Allah sebab jadi elok n rasanya sedap..
semua yang datang bertandang memuji
kesedapan product kami..dan juga sosnya..

penat, letih dan segalanya hanya Allah ja yang tahu..
untuk siapkan projek ni..
kami bertungkus lumus xkira masa..
sampai xtido la..kalau dpt tido pon just 2 jam..
memang lepas present tu rasa mcm lepas beban di bahu ni,.
hope dapat la markah tinggi dari ustaz..
but aku xdpt stay lama sampai penyampaian hadiah..
aku terlalu penat n letih..so aku balik..
balik ja bilik terus tido xingat dunia dah ..
start from 3.30 p.m until 9.25 p.m
almost 6 hours...

bila aku terjaga dari tidur aku rasa ada something xkena..
bila ingat2 balik..aku ada dinner
 tapi aku sendiri xtaw kat mana tempatnya..
menggelabah aku p mandi n siap2..
pakai ja baju kurung n tudung yang ada..
memang xsempatla nk gosok baju blue black..
dalam rushing2 aku pon terfikir gak mana aku nk p..
sbb tempat aku xingat langsung..
after call munirah baru la tahu rupa2nya kat bk2..

laju kaki melangkah..
memang penat la jalan cepat2 p sana..
sampai2 ja aku dengar abang man tengah berucap..
aku duduk ja abang man dah bagi salam..
then makan2 n seiring dengan tu tayangan video..
memang dia comply dari aku part 1 sampai la ni ha..
dari aku budak2 umur 18 tahun n now 21thn..
sedih, sayu, sebak bila tengok gambar2 lama..
kawan2 yang sama2 berjuang dengan aku dlm persatuan..
ada yang dh tamat pengajian, ada yang berhenti sekerat jalan..
senior2 dulu yang ramah n baik semuanya..
rindu korang semua..sekarang aku pulak take their turn..

kalau dulu aku raikan orang..
sekarang aku pula diraikan..
majlis ini adalah majlis yang terakhir untuk aku..
last aku dapat bersama-sama dengan jurulatih semua..
last aku dengan kawan2 n adik2 semua..
aku harap mereka xkn pernah meninggalkan persatuan..
dan aku juga harap mereka xda secubit pon rasa
untuk meninggalkan persatuan ni..

one more thing..
aku gembira sangat sepanjang majlis ni.
kami bergurau2 macm dulu2...
kami bergurau dan berbual2 panjang..
sempat juga bergambar walaupon bukannya berdua..
saat terakhir yang sangat menggembirakan..
but why masa ni..
kenapa baru dia nk mulakan langkah..
sedangkan aku bakal pergi..
saat last dia panggil nama aku..
sayu dan sebak haty ni..
saat tu kami bertentang mata tanpa sebarang kata..
aku bakal pergi dan mungkin xkembali lagy..

kadang2 aku berdoa aku dapat sambung degree kat sini..
supaya aku dapat aktif dalam persatuan dan
aku dapat sentiasa nampak dia depan mata..
tapi aku dengar dia juga bakal tinggalkan uitm..
kemana dan mengapa aku sendiri xtahu..
mungkin kalau aku sambung sini pon..
aku xkn dapt jumpa dia lagy..
mungkin ini akhirnya pertemuan kami dulu..
perpisahan terjadi untuk selamanya..
biarpon kemana dia pergi..
dan mengapa dia pergi..
aku tetap akan mendoakan kesejahteraannya..
segala kenangan bersama xkan aku lupakan..
biarpon jauh dimata namun dia tetap dihaty..
sesungguhnya aku xdapat melupakan dia..
hanya masa dan keadaan yang menentukannya..
apabila aku jumpa seseorang yang lebih baik darinya..
mungkin saat itu aku akan melupakannya..
InsyaAllah..

bak kata orang tua2 kalau dh jodoh..
mana pergi pon akan ketemu kembali..
biar apa jua rintangan mendatang pon
akan tetap bersatu..
kalau dia jodoh aku..Alhamdulillah..
kalau dia bukan untukku..
tak mengapa..mungkin dia dtang sebagai penyeri..
dan juga memberikan ku satu pengalaman..
kenangan manis bersamanya tetap bersemadi di haty..
aku hanya mampu berdoa..
Allah yang menentukannya..

salam sayang,
shahidah shukri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan