SHAHIDAH SHUKRI

SHAHIDAH SHUKRI

2 Disember 2014

Salam Perkenalan

Sudah lama aku tidak menulis blog ini. Rasanya semenjak aku habiskan pengajian aku di UiTM. sudah setahun lebih masa berlalu. Banyak ranjau kehidupan yang aku lalui. Bertukar kerja  dari satu kerja ke satu kerja. Masuk ni, sudah lima kali aku bertukar kerja sejak JUN 2013. Pelbagai jenis manusia yang aku kenali dan bercorak sikap dan tingkah laku mereka sehinggakan kadangkala aku sendiri terasa seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat dan dengar.

Pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang dewasa dan matang. Alhamdulillah aku semakin matang dalam menghadapi ujian dan juga dugaan Allah kepadaku. Segalanya memerlukan kesabaran dan juga ketenangan dalam menanganinya. Jika terlalu mengikut perasaan dan juga terburu-buru akhirnya diri kita juga yang menyesal di kemudian hari.

Manusia selalu lupa dan aku juga begitu. Adakalanya aku sendiri terleka dalam menempuh arus kehidupan yang beronak duri. Silap jalan aku yang terluka namun parutnya yang berbekas di kulit mengingatkan aku akan peristiwa itu seterusnya mengingatkan aku supaya tidak mengulanginya lagi. In Shaa Allah jika diizinkan Allah aku akan menulis lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan